Home Ekonomi Lonjakan kes Covid-19 di Jepun, India pacu kejatuhan harga minyak

Lonjakan kes Covid-19 di Jepun, India pacu kejatuhan harga minyak

oil-2-640x320
Gambar hiasan

TOKYO – Harga minyak susut sedikit dalam dagangan hari ini berikutan kebimbangan lonjakan kes jangkitan Covid-19 di India dan Jepun.

India dan Jepun, masing-masing pengimport ketiga dan keempat minyak di dunia – dijangka menyebabkan permintaan minyak di Asia berkurangan.

Niaga hadapan Brent jatuh AS$0.08 kepada AS$66.03 setong pada 0058 GMT, selepas naik 1.1 peraatus pada hari Jumaat.

Sementara itu, West Texas Intermediate (WTI) juga jatuh sebanyak AS$0.04 atau 0.1% kepada AS$62.10 setong selepas naik 1.1 peratus pada hari Jumaat.

Kedua-dua penanda aras minyak mentah itu jatuh sebanyak 1.0 peratus pada minggu lalu. – MalaysiaGazette

d81cd2e044ebe85cec7af5c348a24d31?s=150&d=mp&r=g
+ posts