Polis Bukit Aman berjaya menumpaskan dua sindiket memproses dadah di makmal serta menyeludup masuk dari Selatan Thailand menerusi jeti haram di Kelantan.
Nilai keseluruhan rampasan dadah jenis syabu dan ketamin itu adalah berjumlah RM17.55 juta, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani.