KUALA LUMPUR – Guru-guru diingatkan supaya menjaga bahasa dan cara penyampaian ketika mengajar, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin.
Jelasnya, mereka tidak seharusnya bertindak secara tidak sensitif terhadap suatu isu yang diutarakan.
“Sekarang dunia bercakap tentang kesamarataan jadi tidak harus ini diperlakukan.
“Jadi ianya bermula dari sekolah cikgu-cikgu juga harus peka dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG ) dan perkembangan dunia, jadi bahasa mereka dan penyampaian mereka perlu berhati-hati.
“Tidak boleh seksis, berat sebelah kepada jantina, “ katanya kepada pemberita selepas meninjau pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) di Bazar Bandar Baru Ampang, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai seorang guru mata pelajaran Pendidikan Jasmani yang didakwa bergurau keterlaluan apabila menggalakkan pelajar-pelajarnya melakukan perbuatan merogol.
Menurut pengguna Twitter bernama Ain, kejadian itu berlaku pada 23 April 2021 ketika sedang mengikuti mata pelajaran tersebut dengan guru lelaki berkenaan.
Mengulas lanjut, Zuraida berkata, guru-guru juga harus peka isu sensitiviti jantina. – MalaysiaGazette