Home Dunia PM Thailand individu awal didenda tak pakai pelitup muka

PM Thailand individu awal didenda tak pakai pelitup muka

Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha

BANGKOK – Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha merupakan indvidu terawal di negara itu didenda 6,000 baht (RM782) kerana tidak memakai pelitup muka ketika mesyuarat bersama penasihat pemerolehan vaksin.

Tindakan itu diambil susulan sekeping gambar Chan-o-Cha tanpa memakai pelitup muka semasa mempengerusikan mesyuarat tersebar meluas di media sosial sejak semalam.

Bagaimanapun, gambar yang dimuatkan di Facebook rasmi Prayuth itu telahpun dipadamkan.

Sehubungan itu, Gabenor Bangkok, Aswin Kwanmuang memaklumkan di laman facebooknya bahawa beliau telah menfailkan aduan laporan terhadap Perdana Menteri kepada pihak polis.

Laporan dibuat Gabenor Bangkok Aswin Kwanmuang, yang memuat naik entri di laman sosial Facebooknya memaklumkan telah membuat aduan terhadap perdana menteri itu kepada polis.

Aswin berkata Perdana Menteri itu diberitahu beliau melanggar peraturan itu ketika berada di luar kediamannya.

Hasil siasatan mendapati Chan-o-cha bersalah kerana tidak memakai pelitup muka, dan telah diminta membayar denda itu.

Sejak Isnin, pihak berkuasa Bangkok telah mengumumkan penguatkuasaan kewajipan pemakaian pelitup muka di tempat umum termasuk di dalam kenderaan yang melebihi seorang penumpang.

Seksyen 51 Communicable Diseases Act 2015 Thailand menetapkan bahawa seseorang yang telah melanggar peraturan itu boleh dikenakan denda maksimum 20,000 baht (RM2,608).

Pengumuman itu dikeluarkan susulan kes jangkitan Covid-19 di Thailand semakin meningkat iaitu 8,175 kes yang disahkan sejak gelombang baharu Covid-19 bermula awal bulan ini. – MalaysiaGazette