GEORGE TOWN – Seorang pemandu kereta dikhuatiri maut akibat dihempap pokok tumbang dalam satu kejadian di Jalan Perak di sini hari ini.
Difahamkan kejadian berlaku jam 9.30 pagi melibatkan sebatang pokok berketinggian 10 meter dengan ukur lilit dua meter telah tumbang dan menghempap sebuah kereta Proton Wira.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, Saadon Mokhtar ketika dihubungi MalaysiaGazette berkata, pihaknya menerima panggilan jam 9.38 pagi sebelum sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi.
“Buat masa ini kita tidak pasti jumlah Mangsa yang terlibat memandangkan kereta itu dihempap sepenuhnya.
“Kerja-kerja memotong pokok serta mengeluarkan mangsa sedang dilakukan,” kata Saadon.
Berita lanjut akan menyusul.- MalaysiaGazette