KUALA LUMPUR – Polis berjaya menahan lelaki yang menunjukkan kemaluan dan melakukan onani dalam sebuah Transit Aliran Ringan (LRT), baru-baru ini.
Polis Daerah Subang Jaya menerusi Facebook mengesahkan lelaki warga Bangladesh itu ditahan pada 25 AprilĀ lalu di Stesen LRT USJ 7, Subang Jaya pada jam 9.30 malam.
Suspek juga telah direman untuk siasatan lanjut.
Tangkapan itu dibuat selepas seorang wanita mendakwa melihat perbuatan lelaki berkenaan ketika menaiki LRT dari Stesen Alam Megah menuju Stesen Taman Melawati pada 4 April lalu.
Perbuatan jijik lelaki tersebut dirakam oleh wanita berusia 20 tahun itu, kemudian menularkannya di media sosial.
Susulan kejadian berkenaan, wanita itu tampil membuat laporan polis.-MalaysiaGazette