SEBERANG PERAI – Operasi pencarian seorang lelaki warga emas yang dikhuatiri lemas selepas lori dipandunya terjunam ke dalam Sungai Perai semalam diteruskan pagi ini.
Mangsa, K. Palaniappan, 66, dikhuatiri lemas selepas lori yang dipandunya terjunam ke dalam muara sungai berhampiran Kilang Gula Prai di sini.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.10 malam berhubung kejadian tersebut sebelum sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Berdasarkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian mendapati kejadian berlaku pada jam 5.38 petang.
“Menerusi rakaman CCTV itu kita dapati mangsa berjalan kaki dan menaiki sebuah lori 10 tan yang diparkir berhampiran sungai sebelum kenderaan itu terjunam ke dalamnya.
“Operasi pencarian dilakukan di lokasi dan Unit Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) turut digerakkan ke tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette hari ini.
Tambah jurucakap itu, usaha mencari mangsa sedang giat dilakukan. – MalaysiaGazette
Video Berkaitan