Home Utama Vaksin AstraZeneca hanya untuk penerima sukarela 18 tahun ke atas – Khairy

Vaksin AstraZeneca hanya untuk penerima sukarela 18 tahun ke atas – Khairy

Coordinating Minister of the National Covid-19 Immunisation Programme (PICK) Khairy Jamaluddin AstraZeneca NPRA Sekhar Foundation
Khairy Jamaluddin Abu Bakar

KUALA LUMPUR – Kerajaan memutuskan untuk menggunakan vaksin Covid-19 AstraZeneca kepada individu berumur 18 tahun ke atas yang secara sukarela tampil bagi mendapatkan vaksin berkenaan.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin berkata, pemberian vaksin tersebut akan dibuat menerusi satu program khas dan bukannya melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Menurut Khairy, pemberian vaksin berkenaan menggunakan konsep ‘siapa cepat dia dapat’.

“Bagaimanapun, kita akan buat penilaian kesihatan terlebih dahulu dan setelah didapati layak mereka akan diberi vaksin berkenaan,” katanya pada sidang media mingguan mengenai perkembangan program vaksinasi, hari ini.

Turut serta pada sidang media itu Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Khairy menjelaskan, pasukan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) membuat ketetapan berkenaan selepas mendapati terdapat kebimbangan dan kegusaran orang awam terhadap keberkesanan vaksin tersebut. – MalaysiaGazette