Polis menyerbu lima premis rumah kedai yang menjalankan kegiatan judi haram secara dalam talian di Jalan Pinggiran USJ 1/9, di sini, kira-kira jam 4 petang tadi.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, serbuan itu dijalankan bagi memastikan aktiviti judi haram itu tidak beroperasi lagi di situ.