Home Sukan Cadangan ambil alih The Gunners bukan gurauan – Daniel Ek

Cadangan ambil alih The Gunners bukan gurauan – Daniel Ek

Pengasas Sposify Daniel Ek

LONDON – Daniel Ek berkata, beliau serius dalam usaha mengambil alih Arsenal, bukan gurauan semata-mata.

Malah, pengasas Sposify itu mengesahkan dia berjaya mendapatkan dana besar bagi tujuan tersebut.

Sejak projek kontroversi Liga Super Europa tidak terlaksana, dia sudah membuat keputusan untuk membeli kelab Emirates itu.

Pemain lagenda Arsenal, Thierry Henry, Dennis Bergkamp dan Patrick Ciera berganding bahu dengan EK dalam bidaan mengambil kelab berkenaan.

Bagaimanapun pemilik kelab berkenaan, Stan dan Josh Kroenke bertegas tidak mahu menjual kelab itu dalam apa jua keadaan sekali pun.

Namun Ek berazam untuk menawarkan sejumlah wang yang besar supaya pemiliknya  melepaskan kelab itu.

“Saya sangat serius (ambil alih Arsenal). Saya juga berjaya mendapatkan dana besar bagi tujuan itu.

“Saya berharap tawaran lumayan ini dapat dipertimbangkan dan dipersetujui pemilik sekarang,” katanya yang memiliki aset bernilai AS$$4.7 bilion (£3.38 bilion) kepada CNBC.

Menurut Ek, dia mempunyai pelan jangka panjang untuk kelab Arsenal dan tiada apa yang diguraukan seperti mana dianggap oleh pihak lain.

Jutawan warga Sweden itu tampil menyatakan minat untuk membeli Arsenal selepas protes tercetus daripada kalangan penyokong Arsenal yang membantah penyertaan kelab itu dalam ESL.

Beliau turut mengakui meminati Arsenal sejak berusia lapan tahun lagi.

“Arsenal adalah pasukan saya dan saya cinta kelab ini dan pencapaiannya termasuk para pemain dan juga penyokong setianya,” kata Ek.

Kroenkes pula membalas tawaran Ek dengan menegaskan pihaknya komited 100 peratus dengan Arsenal dan tidak bersedia untuk menjual kelab itu.- MalaysiaGazette