KUALA LUMPUR – Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Anuar Musa menyifatkan khabar angin kononnya beliau telah berkahwin dengan seorang penyanyi tanah air, yang tular di media sosial sebagai fitnah yang cuba menjatuhkan karier politiknya.
Annuar turut meluahkan rasa kesal dan terkilan dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan khabar angin yang turut menjejaskan reputasi pihak lain yang tidak berkaitan.
“Saya orang politik tak mengapalah kalau kawan-kawan nak fitnah sikit-sikit, tapi janganlah melibatkan orang lain yang juga ada keluarga.
Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata, setakat ini beliau tidak berniat untuk mengambil tindakan lanjut sebaliknya meminta pihak yang menyebarkan khabar angin berkenaan bermuhasabah.
“Walau bagaimanapun, saya doakan orang tersebut (penyebar) mengambil iktibar bulan Ramadan ini kurangkan lah perkara mungkar, saya tak nak marah-marah, elok sabar sajalah, ” katanya.
Sejak Rabu, tular di Twitter kononnya Annuar, 65, dan penyanyi Datuk Nora Ariffin, 48, sudah bernikah sebagai isteri kedua, namun penyanyi berkenaan telah menafikan khabar angin tersebut. – Bernama
Saya yakin itu hnya gossip. Tapi gosip yg munasabah dgn rekod lama