Home Nasional 8 bazar Ramadan di P.Pinang ditutup mulai esok

8 bazar Ramadan di P.Pinang ditutup mulai esok

Gambar Hiasan.

GEORGE TOWN – Sekurang-kurangnya lapan bazar Ramadan yang dikesan kawasan berisiko tinggi penularan wabak Covid-19 di Pulau Pinang ditutup mulai esok.

Antara bazar yang akan ditutup adalah bazar Ramadan Taman Tun Sardon; bazar Bukit Gedung; bazar Masjid Daerah Barat Daya; bazar Kampung Melayu; bazar Jalan Tenggiri serta bazar Attakwa Taman Bertam Indah.

MalaysiaGazette difahamkan tindakan itu diambil selepas Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menerima laporan bahawa ancaman penyebaran Covid-19 di lokasi terbabit.

Ancaman penyebaran itu adalah hasil analisa pengesanan ‘contact tracing’ yang dilakukan melalui aplikasi MySejahtera.

Operasi penutupan akan dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan serta polis bagi membendung peningkatan kes Covid-19.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim ketika dihubungi MalaysiaGazette mengesahkan bazar Ramadan Taman Selasih akan tutup mulai esok. – MalaysiaGazette