KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador tidak tahu menahu mengenai klip audio menteri yang tular di media sosial.
“Ia tida kena mengena dengan saya,” katanya mengulas penularannya yang dikaitkan dengan suara Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.
Cuma menurutnya dalam sidang media hari ini, kenyataan Hamzah mengenai kuasa dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Polis (SPP) sahaja dikritiknya sebelum ini.
BACA: KPN kurang senang campur tangan Hamzah dalam PDRM
“Video itu saya tak tahu. Sekarang ini bahaya kerana apa yang berlaku di Marikh pun sejam dua pun boleh diketahui,” katanya sambil menyindir wakil media yang tersenyum dengan penjelasannya.
Sebelum itu, Hamzah mengakui suaranya dalam audio yang tersebar dan mendakwa ia tidak ada sebarang kesalahan mengenainya.
Bermula Isnin depan, Abdul Hamid akan bersara dan beliau digantikan oleh timbalannya, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah.- MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN: