Home Utama Mercedes terbabas ke bawah jejambat, empat rentung

Mercedes terbabas ke bawah jejambat, empat rentung

Kereta Mercedes Benz terbakar 100 peratus sebelum empat mayat ditemui di dalam kereta dalam kejadian di bawah Jejentas Lebuhraya SKVE, berhampiran Telok Panglima Garang, Banting 1 pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Empat orang rentung apabila sebuah kereta Mercedes Benz yang mereka naiki terbabas lalu terjunam ke bawah jejambat di Lebuhraya Shah Alam-Klang (SKVE) lalu terbakar hari ini.

Kejadian dilaporkan berlaku berdekatan Jalan Teratai Batu 10, Kampung Kebun Bharu, Teluk Panglima Garang, Banting kira-kira jam 1 pagi ini.

Bilik Kawalan pasukan Bomba dan Penyelamat Telok Panglima Garang menerima panggilan mengenai insiden itu 11 minit kemudian.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Telok Panglima Garang berkata, Bilik Kawalan pasukan Bomba dan Penyelamat menerima panggilan mengenai insiden itu 11 minit kemudian.

“Selepas tiba di lokasi kejadian jam 1.15 pagi, mendapati kereta itu telah terjatuh dan terbabas ke bawah jejantas lebuhraya dan terbakar 100 peratus.

Keadaan kereta Mercedes yang terjunam dari Jejantas Lebuhraya SKVE dan terbabas serta terbakar 100 peratus menyebabkan empat mamgsa yang terperangkap di dalam rentung dalam insiden di Teluk Panglima Garang, Banting 1 pagi tadi.Gambar Ihsan: Balai Bomba Penyelamat Teluk Panglima Garang

“Selepas selesai memadamkan kebakaran kereta itu dan keadaan terkawal, anggota menemui mayat empat orang mangsa tempatan dalam keadaan rentung di dalam kereta terbakar itu yang identitinya tidak dapat dikenalpasti.

“Kerja-kerja mengeluarkan mayat mangsa telah selesai dilaksanakan dan seterusnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Anggota Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Telok Panglima Garang sedang memotong kenderaan 100 peratus terbakar untuk mengeluarkan empat mangsa rentung di dalamnya dalam kejadian di Lebuhraya SKVE, Telok panglima Garang, Banting sekitar 1 pagi tadi.Gambar Ihsan Bomba dan Penyelamat Telok Panglima Garang.

Katanya kesemua mayat dikeluarkan menggunakan peralatan pemotong hidraulik dan diserahkan kepada dua anggota polis yang dipanggil ke lokasi insiden. – MalaysiaGazette