TOKYO – Ishinomaki, Miyagi di pantai timur laut Jepun dilanda gempa bumi berkukuran 6.8 magnitud hari ini.
Bagaimanapun agensi berita melaporkan tidak ada sebarang amaran tsunami atau kerosakan setakat ini.
Agensi meteorologi Jepun berkata, tidak ada sebarang ancaman tsunami walaupun gegaran kuat di pantai timur, selain turut dirasai di Tokyo.
“Kami sedang mengumpulkan maklumat tetapi tiada menerima laporan kerosakan atau kecederaan, setakat ini,” kata jurucakap, Tomoki Sawata.
Dalam pada itu, agensi Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, gempa bumi itu berpousat pada kedalaman 47 kilometer (km) di Pasifik, luar Ishinomaki di wilayah Miyagi.
Berikutan gempa itu, semua perkhidmatan kereta api dihentikan sementara di Miyagi termasuk kereta api laju Shinkansen.
Manakala pengendali loji nuklear di Fukushima, TEPCO menyatakan kemudahan itu tidak menunjukkan tanda-tanda terjejas selepas gempa berlaku. – MalaysiaGazette