Home Ekonomi Venezuela naik gaji minimum 289% tapi sekadar boleh beli 1kg keju dan...

Venezuela naik gaji minimum 289% tapi sekadar boleh beli 1kg keju dan satu liter susu

Seorang lelaki sedang mengira dolar bolivar. foto Agensi

CARACAS – Kerajaan Venezuela meningkatkan gaji minimum bulanan sebanyak 289%, meskipun dalam keadaan hipernflasi.

Nilai matawangnya kini bergerak setara AS$0.64 Amerika Syarikat kepada kira-kira Bs.F$ 2.40 pada kadar pertukaran yang dianggarkan oleh bank pusat negara itu.

Ekonomi Venezuela berada pada tahun keempat hiperinflasi, tahun ketujuh kemelesetannya dan mengalami dolarisasi tidak teratur sejak tahun 2019.

Menteri Tenaga Kerja, Eduardo Pinate mengatakan gaji minimum akan meningkat dari 1.8 juta bolivar menjadi 7 juta bolivar pada bulan ini.

Pinate membuat pengumuman itu pada acara Hari Pekerja yang disiarkan di televisyen sambil menambah bahawa bonus makanan yang dijangkakan oleh pekerja negeri juga akan meningkat.

Pendapatan asas bahru sebanyak Bs.F$ 2.40 ditambah bonus makanan kini mewakili Bs.F$ 3.50, yang mana rakyat Venezuela dapat membeli satu kilogram keju dan satu liter susu.

Presiden Nicolas Maduro telah menaikkan gaji minimum dua kali tahun ini, biarpun negara yang menghadapi pandemi koronavirus, kemelesetan teruk dan hiperinflasi.

Walaupun dua tahun yang lalu pihak berkuasa melonggarkan kawalan terhadap ekonomi, yang memungkinkan untuk melakukan transaksi yang lebih besar dalam mata wang asing, banyak pekerja terus menerima upah mereka dalam mata wang tempatan, bolivar, yang telah kehilangan nilai.

Pinate juga mengatakan skala gaji di sektor awam akan disemak semula, tanpa memberikan perincian.

Kakitangan kerajaan mendapat gaji terendah, yang menyebabkan lebih banyak peletakan jawatan. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Sepatutnya menaikkan pengeluaran keju dan makanan asasi. Padahnya import keju dan makanan.

Comments are closed.