Home Utama Vaksin AstraZeneca habis ditempah

Vaksin AstraZeneca habis ditempah

Khairy Jamaluddin

KUALA LUMPUR – Tempahan untuk 268,800 vaksin Covid-19 AstraZeneca yang dibuka pada jam 12 tengah hari tadi sudah habis ditempah kira-kira jam 3.20 petang tadi.

Meskipun begitu Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, orang ramai masih boleh mengklik kotak kelabu untuk dimasukkan dalam senarai menunggu.

“Saya minta maaf atas kegagalan teknikal dan pelbagai ‘refresh’ yang terpaksa dilakukan,” katanya.

Bagi mereka yang berjaya, temujanji akan dimaklumkan menerusi aplikasi MySejahtera dan perkhidmatan pesanan ringkas (sms).

Tempahan untuk vaksin itu dibuka pada jam 12 tengah hari tadi.

Kerajaan akan memulakan pemberian vaksin Covid-19 jenis AstraZeneca kepada pemohon sukarela menerusi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) khas selepas mengambil kira kegusaran rakyat mengenai keselamatan vaksin itu.

PPV yang tersenarai ialah di Universiti Malaya, Universiti Kebangsaaan Malaysia, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, dan Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam,” katanya lagi.

Khairy dalam kenyataannya tempoh hari berkata, vaksin Astrazenaca hanya akan diberikan kepada pemohon sukarela yang sudah melihat segala fakta mengenai vaksin itu dan penilaian kesihatan ke atas mereka akan dibuat.

Tempahan dibuka kepada semua berdasarkan siapa cepat dia dapat dan akan dimulakan di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dalam masa terdekat.

Ia sebagai langkah mengawal penularan wabak Covid-19 kerana jumlah kes positif jangkitan Covid-19 adalah di Selangor dan Kuala Lumpur adalah sangat tinggi. – MalaysiaGazette