KUALA LUMPUR – Kes jangkitan harian Covid-19 berjumlah 3,418 kes hari ini berbanding 2,881 kes semalam.
Angka terbaharu itu menjadikan keseluruhan kes bertambah kepada 415,012 sejak virus tersebut dikesan di Malaysia.
Berdasarkan statistik terkini Kementerian Kesihatan, hampir semua negeri merekodkan kes koronavirus.
Selangor masih kekal menjadi negeri tertinggi dengan kes Covid-19 iaitu 1,200, diidkuti Sarawak 587, Kelantan 400 dan Johor 213.
Manakala Kuala Lumpur 198, Kuala Lumpur 198,Terengganu 184, Sabah 115, Pulau Pinang 145 dan Kedah 101.
Perak 77, Negeri Sembilan 73, Melaka 61,Putrajaya 8, Labuan 7 dan Perlis 4.- MalaysiaGazette