Home Nasional Malaysia rekod kes pertama varian B.1.617.1 dari India

Malaysia rekod kes pertama varian B.1.617.1 dari India

Director-General of Health Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. PIX: MalaysiaGazette Covid-19 new cases Covid-19 deaths Covid-19 clusters education
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. PIX: MalaysiaGazette

KUALA LUMPUR – Malaysia merekodkan kes pertama kemasukan varian Covid19 dari India dengan mutasi berganda iaitu B.1.617.1.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes tersebut melibatkan dan mempunyai sejarah perjalanan ke Mumbai, India.

“Beliau telah masuk ke Malaysia menggunakan pas pekerjaan pada 10 April 2021 dan dikesan positif Covid-19 di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) pada hari yang sama.

“Kes dikenalpasti dijangkiti varian Indian B.1.617.1 hasil analisis jujukan genom penuh (WGS). Kes telah
diasingkan dan sedang menerima rawatan,” katanya menerusi kenyataan berhubung status terkini Covid-19, hari ini.

Noor Hisham berkata, Malaysia telah mengadakan sekatan kemasukan pengembara bukan warganegara dari India dan melanjutkan tempoh kuarantin 14 hari kepada pengembara warganegara dari India sejak 28 April 2021 berikutan penularan varian B.1.617.1 yang semakin membimbangkan.

Dalam perkembangan berkaitan Noor Hisham berkata, sehingga hari ini, varian South African B.1.351 untuk pertama kalinya mula dikesan di Perak dan Kelantan melibatkan dua kluster.

Selain itu kata beliau, terdapat tujuh kes lain dikesan di Selangor dan ia menjadikan jumlah keseluruhan kes tempatan Covid-19 varian South African B.1.351 adalah sebanyak 48 kes.

Sementara itu, Noor Hisham memaklumkan, terdapat pertambahan tiga kes baharu tempatan Covid-19 yang dijangkiti varian UK B.1.1.7 yang telah dikesan di Selangor dan Sabah.

“Ini menjadikan jumlah kes yang dijangkiti varian UK B.1.1.7 sehingga kini adalah sebanyak lapan kes,” jelasnya. – MalaysiaGazette