Home Nasional 9 lagi kluster baharu dikesan hari ini

9 lagi kluster baharu dikesan hari ini

Sebanyak 13 kluster baharu dikenal pasti hari ini melibatkan tujuh negeri termasuk Johor, Kelantan, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Selangor, Pahang dan Kedah dengan 243 kes baharu Covid-19.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan sembilan lagi kluster baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu.

Kluster-kluster tersebut masing-masing tiga membabitkan tempat kerja dan komuniti, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Menurutnya, dua lagi kluster berkaitan sektor pendidikan dan satu pusat tahanan.

“Kluster baharu itu dikesan di Pahang, Melaka, Kedah, Selangor, Johor, Terengganu dan Perak,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurut Noor Hisham lagi, tujuh lagi kluster ditamatkan hari ini iaitu Kluster Kalindukan, Kluster Merinding, Kluster Tanjung Genting, Kluster Bunga Tanjung Bendahara, Kluster DTI Jalan Duta, Kluster Jalan Dahlia 22, dan Kluster Taman Komersial.

Bagaimanapun katanya, kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Jalan Padang Tembak (85 kes), Kluster Sebatu (47 kes), dan Kluster Kampung
Batu Sembilan (37 kes),” ujarnya. – MalaysiaGazette

+ posts