Home Dunia Bill Gates dan Melinda umum perceraian

Bill Gates dan Melinda umum perceraian

Melinda dan Bill Gatess. foto Agensi

CALIFORNIA – Pasangan Bill dan Melinda Gates mengumumkan perceraian mereka setelah 27 tahun berkahwin.

“Kami tidak lagi percaya dapat bersama sebagai pasangan.

”Setelah mengamnbil banyak pertimbangan dan berusaha untuk membaiki hubungan, kami telah membuat keputusan untuk mengakhiri perkahwinan kami,” kata pasangan itu menulis di Twitter.

Mereka pertama kali bertemu pada tahun 1980-an ketika Melinda bergabung dengan firma Microsoft Bill.

Pasangan ini memiliki tiga orang anak dan bersama-sama menguruskan Yayasan Bill & Melinda Gates.

Organisasi ini telah menghabiskan berbilion-bilion dolar untuk penyakit berjangkit dan mendorong vaksinasi pada kanak-kanak.

The Gates – bersama dengan pelabur Warren Buffett – berada di belakang Giving Pledge, yang meminta jutawan-jutawan untuk menyumbangkan komitmen sebahagian besar kekayaan mereka untuk tujuan baik.

Bill Gates adalah orang keempat terkaya di dunia, menurut Forbes dengan nilai kekayaan sebanyak AS$ 124 bilion.

Beliau menjana wang melalui Microsoft, syarikat perisian terbesar di dunia yang ditubuhkannya pada tahun 1970-an.

Mereka berkahwin pada tahun 1994 di Pulau Lanai, Hawaiian. – MalaysiaGazette