KUALA LUMPUR – Seorang wanita dan enam lelaki direman bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rogol dan rompak dua pembantu taska di Ampang dua minggu lalu.
Penolong Pendaftar Mahkamah Ampang, Roslan Mohd Nor mengeluarkan perintah reman enam hari selepas membenarkan permohonan polis ke atas tujuh individu berusia 34 hongga 43 tahun itu.
Dalam kejadian kira-kira 4 pagi pada 14 Julai itu, kesemua suspek dipercayai telah memecah masuk ke dalam taska berkenaan dan merompak serta merogol dua pembantu taska.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Fadzil Ahmad berkata, selepas kejadian, suspek dipercayai telah menyimbah cecair peluntur ke seluruh tubuh mangsa untuk menghapuskan bahan bukti.
Mereka kemudian melarikan diri bersama telefon bimbit dan telefon bimbit mangsa.