Home Nasional Benarkan operasi restoran dengan had 2 orang semeja – PPMM

Benarkan operasi restoran dengan had 2 orang semeja – PPMM

Persatuan Pengguna Melayu Malaysia (PPMM) merayu kerajaan untuk memberi kebenaran restoran beroperasi dengan had dua orang setiap meja.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Melayu Malaysia (PPMM) merayu kerajaan untuk memberi kebenaran restoran beroperasi dengan had dua orang setiap meja.

Presidennya, Che Hassan Che Johan, dengan cara itu, para peniaga yang terjejas dapat menjana pendapatan melalui operasi perniagaan berbanding secara pandu lalu sahaja.

Dalam pada itu pengusaha restoran dan pelanggan diwajibkan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

“Banyak restoran yang terkesan dengan keputusan untuk tidak membenarkan pelanggan makan di restoran sepanjang PKP kerana beroperasi sepanjang tempoh itu kerana dine-in tidak dibenarkan,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Che Hassan Che Johan

Beliau juga hairan kenapa restoran tidak dibenarkan beroperasi sedangkan pasar Ramadan dan pasar malam dengan SOP yang ketat.

Che Hassan membuat rayuan berkenaan ekoran penguatkuasaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di Lembah Klang dan Selangor bermula hari ini.

Dalam pada itu, PPMM juga memohon kerajaan mengutamakan pemberian vaksin kepada pekerja restoran dan menjadikannya syarat utama bagi membolehkan operasinya dibenarkan pada masa depan.

Sejak PKP tahun lalu, menurutnya, terdapat banyak restoran yang terkesan dengan keputusan untuk tidak membenarkan restoran beroperasi sepanjang tempoh itu.

“Sebaik dibenarkan beroperasi, dengan jumlah yang dihadkan , pengusaha restoran dapat menarik nafas lega kerana dapat menjalankan perniagaan seperti biasa biar pun pendapatan merosot dengan teruk,” katanya.- MalaysiaGazette