KUALA LUMPUR – Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing (LUCT) meluahkan rasa kesal dengan tindakan pihak tertentu yang memainkan isu berkaitan dengan akreditasi program akademik itu.
Pengerusi Majlis Kerajaan LUCT dalam satu kenyataan berkata, ia telah memberikan gambaran seolah-olah pihaknya berhadapan dengan masalah yang sangat besar.
Padahal jelas kenyataan itu, proses audit program akademik adalah satu proses yang berterusan dan selama ini pihak LUCT sentiasa memastikan semua program akademik ditawarkan adalah berdaftar dengan Jabatan Pengajian Tinggi serta mendapat akreditasi penuh oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) serta beberapa badan akreditasi lain di dalam dan luar negara.
“Pada awal tahun ini, LUCT telah menjalani proses audit pematuhan program akademiknya. Daripada 98 program yang sedang berlangsung sekarang, hanya lapan program yang telah diterima akreditasi sejak 2010.
“Pascasiswazah program belum diperakukan untuk kelulusan akreditasi penuh. Namun LUCT telah diberi masa selama 30 hari untuk membuat rayuan atau mengemukakan permohonan baharu untuk diaudit semula.
“Pihak pengurusan LUCT telah mengambil tindakan segera setiap masalah yang berbangkit serta mengemukakan dokumen baharu setelah pihak MQA mengatur proses audit untuk semua program itu segera,” katanya kenyataan itu.
Baru-baru ini pada sidang media di ibu pejabat DAP itu, kira-kira 800 mahasiswa antarabangsa LUCT kini berada dalam keadaan bimbang dan kabur apabila akreditasi beberapa kursus di institusi tersebut ditarik semula oleh MQA.
Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching yang turut hadir dilaporkan berkata, program yang diikuti pelajar itu telah diberi akreditasi penuh tetapi dibatalkan selepas menunjukkan kualiti kursus yang tidak memuaskan.
Mengulas lanjut, LUCT menyedari berita yang disebarkan di media sosial dan beberapa akhbar oleh satu parti politik yang dilakukan secara sensasi masalah isu pembatalan akreditasi program akademik.
Tegas kenyataan itu, LUCT adalah antara universiti swasta terbesar di negara ini dan telah ditubuhkan lebih 30 tahun lalu dan ianya juga merupakan kolej swasta pertama yang dinaiktaraf sebagai universiti dan sekarang ini beropetrasio dalam negara serta dibeberapa negara luar.
“Atas latarbelakangnya itu LUCT amat peka dengan segala masalah berkaitan dengan program akademiknya dan selalu berpegang kepada prinsip untuk memberikan yang terbaik kepada para pelajarnya.
“Tambahan pula LUCT merupakan universiti yang mempunyai banyak pelajar terbesar di dinegara ini,” katanya. – MalaysiaGazette