Home Seni Hidup Pengasas Natasya ceriakan anak yatim

Pengasas Natasya ceriakan anak yatim

Seramai 20 kanak-kanak dari pusat jagaan Anak-Anak Teratak Nur Barakah apabila pengasas produk kecantikan jenama Natasya, Datin Muniroh Kasim

KUALA LUMPUR – Kegembiraan terpancar pada wajah 20 kanak-kanak dari pusat jagaan Anak-Anak Teratak Nur Barakah apabila pengasas produk kecantikan jenama Natasya, Datin Muniroh Kasim meraikan mereka pada majlis berbuka puasa di Shah Alam, Selangor semalam.

Malah kesemua mereka juga mendapat duit raya selain barangan dapur bagi menambahkan keceriaan menjelang sambutan Aidilfitri minggu depan.

Muniroh berkata, pihaknya sentiasa mahu menyantuni golongan kurang bernasib baik terutama anak-anak yatim agar mereka berasa dihargai menjelang Syawal akan datang.

“Walaupun sibuk dengan pelbagai tugasan, kami dapat juga meraikan anak-anak yatim selepas tidak dapat menganjurkannya pada tahun lalu seperti kelaziman kerana Perintah Kawalan Pergerakan.

“Usaha ini diharapkan dapat membawa kegembiraan kepada mereka untuk menyambut Aidilfitri sama seperti orang lain tanpa rasa terpinggir,” katanya.

Majlis tersebut diadakan di restoran WestPlate Factory yang turut dihadiri pemiliknya, Mohammad Assraf Maidin Koty.

Selain duit raya, rumah anak yatim Anak-Anak Teratak Nur Barakah turut mendapat sumbangan barangan dapur.

Sementara itu,Muniroh mengingatkan tanggungjawab menyantuni anak yatim bukan sekadar rutin di bulan Ramadan, sebaliknya perlu dilaksanakan secara konsisten.

Jelasnya, tugas sebagai ‘pengganti’ kepada ibu atau bapa bagi seseorang anak yatim itu hendaklah digalas oleh setiap anggota masyarakat mengikut kemampuan.

“Laksanakan tanggungjawab menyantuni anak yatim ini secara berterusan,”

Sementara itu, Muniroh telaj mengeluar dan mengedarkan produk kecantikan & penjagaan kesihatan wanita berjenama Natasya di bawah syarikat Perwanza Enterprise (M) Sdn. Bhd. pada tahun 2004 untuk.

Dengan bermula secara kecil-kecilan pada awal tahun 2000, perniagaan hasil usaha suami-isteri ini kekal berkembang maju sehingga ke hari ini. – MalaysiaGazette