Home Nasional Covid-19: 3,551 kes harian baharu, 19 kematian

Covid-19: 3,551 kes harian baharu, 19 kematian

Dr Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Negara terus mencatatkan jumlah kes harian Covid-19 melebihi 3,000 apabila sebanyak 3,551 kes dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham berkata, pertambahan kes itu menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini meningkat kepada 427,927 kes.

Jelas beliau, Selangor mencatatkan kes harian tertinggi dengan 1,137 kes diikuti Kuala Lumpur (477) dan Sarawak sebanyak 391 kes.

“Semua negeri mencatatkan pertambahan kes hari ini dan Labuan mencatatkan kes harian terendah dengan dua kes baharu,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Sementara itu, KKM dalam satu kenyataan memberitahu, terdapat 19 kes kematian pada hari ini yang melibatkan lima kes di Sarawak dan masing-masing tiga kes di Johor dan
Selangor.

Kes kematian lain masing-masing dua kes di Kelantan dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta masing-masing satu satu kes di Kedah, Negeri Sembilan, Pahang, dan Terengganu.

Tambah kenyataan itu, sebanyak 18 kes melibatkan warganegara dan satu kes bukan
warganegara.

“Sebanyak 14 kluster baharu dicatatkan manakal tujuh kluster telah tamat telah tamat hari ini,” katanya. – MalaysiaGazette