Home Nasional Pasukan Pematuhan Pemantau Covid-19 di KL Sentral pastikan rentas negeri dipatuhi

Pasukan Pematuhan Pemantau Covid-19 di KL Sentral pastikan rentas negeri dipatuhi

Team Pemantau pematuhan SOP Covid-19 24 jam memeriksa permit kebenaran pergerakan rentas negeri penumpang tren ETS di pintu ketibaan dan pelepasan KL Sentral untuk mengelak perlanggaran SOP sepanjang PKP di ibun negara sehingga 20 Mei ini. Gambar Ihsan IPD Brickfields

KUALA LUMPUR – Polis Brickfields telah menubuhkan Pasukan Pematuhan Pemantau Covid-19 bagi memantau dan mengawal laluan di jalan-jalan utama di ibu negara.

Stesen KL Sentral merupakan antara lokasi pemantauan bagi ketibaan dan pelepasan domestik dan antarabangsa dan pemantauan dilakukan bagi mengelak sebarang perlanggaran dalam aspek pergerakan merentas negeri secara tidak sah selama dua minggu akan datang.

Pasukan pematuhan agensi penguatkuasa ini dijalankan 24 jam di balai ketibaan dan pelepasan stesen keretapi itu dengan menyemak surat kebenaran yang sahih.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, langkah itu dilaksanakan berikutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kuala Lumpur berkuatkuasa hari ini hingga 20 Mei depan.

Katanya, penguatkuasaan PKP adalah bertujuan ke arah pengurangan wabak jangkitan Covid-19 berikutan penilaian risiko jangkitan mendapati masih terdapat kes positif dan penularan berterusan di kawasan tertentu dalam daerah/mukim Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Team Pemantau pematuhan SOP Covid-19 24 jam memeriksa permit kebenaran pergerakan rentas negeri penumpang tren ETS di pintu ketibaan dan pelepasan KL Sentral untuk mengelak perlanggaran SOP sepanjang PKP di ibun negara sehingga 20 Mei ini.Ihsan IPD Brickfields

“Orang awam dinasihatkan agar dapat memberikan kerjasama dalam tempoh pelaksanaan PKP di wilayah ini dan memohon Permit Pergerakan Rentas Negeri (Inter-state Movement) jika berlaku hal-hal kecemasan dengan alasan yang munasabah tertakluk kepada tiga perkara yang dinyatakan oleh Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, Ketua Polis Negara sebelum ini.

“Pergerakan rentas negeri hanya dibenarkan untuk hal penting iaitu kecemasan, perubatan dan pendidikan dengan syarat, mempunyai surat kebenaran atau surat pelepasan daripada agensi yang berkaitan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebarang perlanggaran SOP yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk dikenakan tindakan undang-undang boleh disalurkan kepada Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan. – MalaysiaGazette