KUALA LUMPUR – Baru-baru ini, kecoh di media sosial netizen mempertikaikan kenyataan Datuk Seri Siti Nurhaliza mengenai kumpul pahala.
Tidak ketinggalan, pendakwah bebas Prof. Dr Mohd. Ridhuan Tee Abdullah turut memberi ulasan dan mempersoalkan perkara tersebut.
Di sebalik pertikaian itu, penyanyi nasyid Suhaimi Saad menyuarakan sokongannya terhadap kenyataan penyanyi nombor satu negara itu.
Katanya, bukan diperkatakan oleh ustaz namun Nabi yang mengutarakan tentang pahala yang dirai dalam bulan Ramadan ini.
“Betullah apa yang siti tulis tu. Aku sokong Siti. Bukan ustaz mana cakap. Nabi yang cakap, memang pahala ibadah kita dalam bulan Ramadhan ni Allah gandakan.
“Bila orang kata, umpat, aibkan dan fitnah kita, kalau kita sabar, memang Allah akan bagi pahala yang besar. Takkan benda basic (asas) macam tu pun tak tahu. Kata ustaz,” katanya menerusi hantaran di Instagram.
Justeru Suhaimi memohon supaya Ridhuan Tee tidak memburukkan lagi keadaan.
“Tak payah nak burukkan keadaan la ustaz. Makin lama makin buruk dan hilang hormat orang pada ustaz. Nak tibai Siti, pastu nak bela netizen-netizen langau ni ke apa?
“Patut ustaz tolong tenangkan dan nasihat masyarakat supaya jaga lidah dan jari dalam bulan mulia ni. Ini dah macam nak menangguk di air keruh pula. Tak elok ustaz. Berhentilah politikkan semua benda. Malu dekat Allah,” ujarnya.
Semalam Ridhuan membidas kenyataan Siti Nurhaliza kononnya mengumpul pahala apabila ada orang memfitnahnya.
Menurut beliau, ‘dugaan’ yang dimaksudkan selebriti tersebut juga merupakan dugaan yang dicipta sendiri kerana boleh sahaja tidak dilakukan melihat dari situasi kalut sekarang.-MalaysiaGazette
Alamak bro… lu mana gua kuar ni… faham cite baru reply
… la ni kontek lu salah bro.. owang cite kl seremban… lu cite kk labuan.. sampai kutip nabi lak.. wa sedey tgk lu..