Hari kedua pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di enam daerah di Selangor nyata memberikan kesan kepada peniaga-peniaga.
Tinjauan MalaysiaGazette di Bangi Sentral di Bandar Baru Bangi mendapati keadaan semakin lengang dan pengunjung berkurangan tidak seperti tahun-tahun sebelum penularan Covid-19.