Home Ekonomi BSN bayar BPR secara berperingkat-peringkat

BSN bayar BPR secara berperingkat-peringkat

Logo Bank Simpanan Nasional (BSN)

KUALA LUMPUR – Bank Simpanan Nasional (BSN) akan melaksanakan pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 fasa 2 secara berperingkat bermula pada 7 Mei sehingga 12 Mei 2021 untuk pengkreditan akaun dan 17 Mei 2021 secara pembayaran tunai di cawangan-cawangannya.

Bagi penerima pembayaran BPR 2021 fasa 2 secara tunai, penerima dinasihati untuk rancang waktu kunjungan ke Cawangan BSN terlebih dahulu dan sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Dalam masa yang sama, BSN juga telah membuat persediaan awal dengan kerjasama daripada Jabatan Sukarelawan (RELA) serta Polis Bantuan BSN bagi memastikan keadaan sentiasa terkawal” kata Jay Khairil, Ketua Eksekutif BSN.

Pembayaran BPR 2021 fasa 2 melalui pengkreditan akaun akan dilakukan berdasarkan maklumat penerima yang telah dikemukakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) kepada BSN.

Sementara itu, bagi pembayaran secara tunai pula, penerima perlu membawa kad pengenalan ketika hadir ke Cawangan BSN.

Hanya wakil yang didaftarkan sahaja yang dibenarkan untuk mewakilkan penerima bagi penunaian BPR 2021.

Penerima-penerima BPR dinasihatkan untuk membuat semakan terlebih dahulu melalui laman sesawang LHDNM – http://bpr.hasil.gov.my atau hubungi LHDNM Hotline BPR melalui talian 1-800-88-2747 sebelum hadir di mana-mana Cawangan BSN. – MalaysiaGazette