Home Nasional Kita tidak mahu sampai terpaksa pilih siapa hidup, siapa mati – Noor...

Kita tidak mahu sampai terpaksa pilih siapa hidup, siapa mati – Noor Hisham

5,738 new Covid-19 cases have been recorded today and shifted the cumulative Covid-19 tally to 678,764 cases Covid-19 deaths Rt value
Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) belum mencadangkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepenuhnya seperti dilakukan pada Mac tahun lepas.

Sebaliknya KKMhanya mencadangkan kepada MKN supaya menguatkuasakan larangan rentas daerah dan negeri, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

“Walaupun adanya strain baharu, kita mengambil pendekatan menerusi tindakan kesihatan awam seperti nasihat menjaga penjarakan fizikal dan elak berada di tempat sesak.

“Ini kerana kebarangkalian dijangkiti tinggi jika tidak patuh prosedur operasi standard (SOP) kerana keganasan varian baharu ini lebih daripada biasa,” katanya pada sidang media harian Covid-19, di kementeriannya hari ini.

Menurut Noor Hisham, pelaksanaan Ordinan Darurat juga membantu mengelak keadaan wabak dalam negara menjadi lebih parah.

“Kalau tiada Ordinan Darurat, akan ada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, selain tiga Pililhan Raya Kecil (PRK) iaitu Batu Sapi, Bugaya dan Gerik.

“Bila pilihan raya ada, jangkitan boleh berlaku. Bayangkan orang Sabah balik mengundi di pedalaman dan jangkitan berlaku, pusat kesihatan tidak mampu (menampung),” tambahnya.

Dr Noor Hisham juga memberi peringatan kepada masyarakat berhubung trend peningkatan jangkitan Covid-19 di negara ini dan global.

Menurutnya, meskipun negara masih mampu dari segi kemudahan kesihatan namun, ia bukanlah alasan untuk rakyat terus mengabaikan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan Covid-19.

“Kita tidak mahu sampai kepada tahap perlu pilih siapa yang hidup, siapa yang mati seperti beberapa buah negara.

“Ketika ini kita masih ada kapasiti tetapi kita sarankan semua rakyat untuk pastikan mereka mematuhi SOP sebab kita berada dalam situasi kritikal.

“Katil di hospital awam dan hospital kerajaan semakin penuh.

“Kita harap, berikan kita masa dua minggu dan kemudian ia akan memberikan ruang penampan untuk kita siap siaga dan menguruskan kembali diri kita serta kemungkinan untuk menurunkan jumlah kes supaya hospital boleh memenuhi keperluan pesakit yang dijangkiti Covid-19,” katanya.

Mengulas lanjut, Noor Hisham berkata, ketika ini negara memerlukan masa untuk melaksanakan pendekatan luar biasa dalam menangani penularan wabak tersebut.

Beliau berkata, pihaknya ada mengadakan mesyuarat untuk menentukan keputusan kolektif bagi melihat isu berkenaan.

Jelasnya, kini adalah tempoh luar biasa, yang mana semua pihak memerlukan pendekatan luar biasa.

“Ini bukan waktu kebiasaan di mana kita kita boleh berpuas hati. Jadi, kita harap semua agensi dan sektor relevan berkenaan akan mengikuti garisan panduan MKN dan tiada perhimpunan besar kerana ia sebenarnya punca jangkitan.

“Kita cuba mengelak majlis ‘super spreader’ (perebak utama) Jika kita boleh mengelak majlis itu seperti majlis perkahwinan atau kematian.

“Kluster Pasai adalah membabitkan upacara kematian di mana ia adalah majlis super spreader. Majlis perkahwinan juga direkodkan sebagai majlis super spreader.

“Raya ini kita harapkan tiada peningkatan mendadak jangkitan. Kenapa tidak kita lakukan sekali lagi. Sekarang, kes amat tinggi.

”Jika anda dijangkiti dan datang ke hospital dan jika tidak mempunyai cukup katil ICU (unit rawatan rapi), kita dalam masalah,” tambahnya. – MalaysiaGazette

 

– MalaysiaGazette