KABUL – Sekurang-kurangnya 25 orang cedera selepas tiga letupan berturut-turut menggegarkan di luar sebuah sekolah di bahagian barat Kabul, ibu negara Afghanistan.
“Letupan itu berlaku berhampiran Sekolah Sayyed-ul-Shuhada di perbandaran Etifaq, daerah Police 13 kira-kira pukul 4.30 petang waktu tempatan. Maklumat akan segera dikongsi dengan media,” kata Tarqi Arian, jurucakap Kementerian Dalam Negeri, kepada Xinhua, memetik maklumat awal oleh polis Kabul.
Seorang saksi berkata: “Saya dengar letupan kuat petang ini dan saya bergegas ke jalan utama untuk mencari ahli keluarga saya. Saya mendapati letupan berhampiran sebuah sekolah menyebabkan asap tebal ke langit dan mencetuskan kepanikan ketika pelajar meninggalkan bangunan sekolah.
Seluruh tempat itu kini ditutup setelah polis dan ambulans tiba di lokasi, katanya.
Tambah Mohammad Jafar lagi, beberapa orang dan pelajar yang lalu-lalang terjejas oleh serpihan dan kekuatan letupan, katanya
Terdapat percanggahan laporan mengenai jumlah korban.
Maklumat lanjut mengenai kejadian itu masih belum diperincikan.
Seorang pegawai polis memberitahu, sebanyak 13 orang terbunuh dan 35 cedera dan jumlah korban mungkin berubah.
Setakat ini belum ada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab atas kejadian tersebut. – MalaysiaGazette