Home Nasional Sila serah diri dengan cara baik, jalani ujian calit – Polis

Sila serah diri dengan cara baik, jalani ujian calit – Polis

Minister of Plantation Industries and Commodities (MPIC), Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali and a woman in Perasing, Terengganu arrest police
Datuk Seri Abdul Jalil Hassan

KUANTAN – Terimahlah hakikat warga Kuantan bakal meraikan ‘Syawal PKP’ apabila Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh daerah Kuantan berkuatkuasa 10 Mei sehingga 23 Mei 2021 ini.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Abdul Jalil Hassan berkata, lokasi PKP tertumpu di daerah Kuantan susulan peningkatan drastik kes Kluster Tanah Putih dan kini telah merebak keluar daerah akibat sifat tidak bertanggungjawab segelintir masyarakat.

Ini ekoran hampir 200 penduduk yang bertindak ‘melarikan diri’ dari  dari kawasan penempatan di Tanah Putih sebelum tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan 5 Mei lalu.

Semalam tinjauan MalaysiaGazette bersama anggota Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan mendapati beberapa buah rumah telah dikunci dipercayai  penghuninya telah meninggalkan rumah sebelum perlaksanaan PKPD berdasarkan meklumat orang awam.

“Orang Kuantan ini rasa hebat dah menang menentang Covid-19, maka dengan menganggap Kuantan dah menang, jadi berayalah raya kali kedua dalam PKP.

“PKP tertumpu hanya daerah Kuantan kerana peningkatan kes mendadak terlalu cepat, dari Tanah Putih dan telah merebak ke tempat lain kerana mereka keluar awal ke tempat lain,” katanya Ketika dihubungi MalaysiaGazette.

Justeru pihak polis mengalukan-alukan kepada sesiapa yang mengenali mengetahui penduduk Tanah Putih yang telah ‘melarikan diri’ itu supaya menasihati golongan tersebut menjadi rakyat bertanggungjawab di negeri ini.

PKPD di Tanah Putih sehingga 18 Mei 2021

“Tolong nasihat mereka pergi ujian calit, kadang-kadang mereka lari ke rumah kawan atau saudara, pesanlah kepada mereka.

“Nanti merebak lagi, jadi tolong nasihat bahawa polis tidak mengambil sebarang tindakan, Namun demikian, sila serah diri dengan cara baik dan bijak dengan menjalani ujian calit.

“Antara 180 hingga 200 Tanah Putih yang keluar awal sebelum PKPD, diminta tampil ke Dewan Jubli Perak pada 10 Mei untuk melakukan ujian calit.

ARTIKEL BERKAITAN :

200 penduduk PKPD Tanah Putih tinggalkan rumah sedang dicari

Polis kawal ketat Tanah Putih

Sementara itu, ketika ditanya kebarangkalian tempoh PKPD Tanah Putih bakal bersambung, Abd Jalil berkata ianya bergantung kepada keputusan analisis oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Kemungkinan bersambung atau tidak tengok pada analisis KKM dari semasa ke semasa,” katanya.

Terdahulu seramai 3900 penduduk melibatkan 780 rumah di Tanah Putih dikenakan PKPD.

Sehingga kini 57 kes positif Covid-19 disahkan dan dua kematian direkodkan.

Tambah Abd Jalil, sebanyak enam Sekatan Jalan Raya (SJR) khas dilaksanakan di jalan dan keluar masuk daerah Kuantan dan 15 SJR bersempadan antara negeri di seluruh Pahang.

Jelasnya terdapat dua atau tiga SJR di setiap daerah melibatkan kekuatan 294 anggota dalam melaksanakan pemantauan PKP di Kuantan bermula Isnin ini. – MalaysiaGazette