KUALA LUMPUR – Polis Klang Selatan menafikan video tular kononnya orang ramai berpusu-pusu di Pusat Borong GM Klang sehingga berlaku perlanggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi membendung penularan pandemik Covid-19.
Ketua Polis Klang Selatan, ACP Shamsul Amar Ramli berkata, pihak GM Klang juga telah membuat penafian berkaitan perkara ini melalui Facebook rasmi GM Klang di https://www.facebook.com/365822088955/posts/10158997983408956/?d=n.
Katanya, masyarakat atau mana-mana individu dinasihatkan agar tidak menyalahgunakan media sosial dengan berkongsi sebarang bentuk berita yang tidak benar sehingga boleh menimbulkan kegusaran dan suasana tidak tenteram kepada masyarakat.
Katanya, sekiranya didapati bersalah, individu tersebut boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 233 AKMM 1998.
Sebarang maklumat berkaitan boleh disalurkan terus ke Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan ditalian 03-33719999 atau di balai polis yang berhampiran. – MalaysiaGazette