SYDNEY – Serpihan roket China jatuh di Lautan Hindi, dengan sebahagian besar komponennya musnah ketika memasuki atmosfera dunia, menurut media milik kerajaan China, menamatkan spekulasi di mana serpihan itu akan jatuh.
Sebahagian roket Long March 5B memasuki atmosfera dan jatuh di koordinat longitud 72.47 darjah timur dan lalitud 2.65 darjah utara pada jam 10.24 pagi waktu Beijing (0224 GMT), menurut media milik kerajaan yang memetik Pejabat Kejuruteraan Angkasa China.
Koordinat tersebut adalah di lautan, timur kepulauan Maldives, menurut Reuters.
Kebanyakan serpihan terbakar semasa memasuki atmosfera, kata pejabat tersebut.
Orang ramai melihat serpihan Long Match 5B sejurus selepas ia dilancarkan daripada Pulau Hainan pada 29 April lalu.
Long March yang dilancarkan pada minggu lalu merupakan pelancaran kedua sejak pelancaran pertama pada Mei 2020.
Pada tahun lalu, serpihan pelancaran pertama Long March 5B jatuh di Ivory Coast, dengan beberapa bangunan mengalami kerosakan.
Tiada kecederaan dilaporkan.
Sebahagian besar permukaan bumi diliputi air, kebarangkalian untuk jatuh di kawasan berpenghun di daratan adalah rendah, begitu juga dengan kecederaan, menurut para pakar. – MalaysiaGazette