KUANTAN – Jenazah konstabel mangsa tertembak rakan sendiri selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Damar, Lanchang, Pahang malam tadi dengan penuh istiadat penghormatan.
Jenazah Allahyarham Konstabel Norhalim Tumiran, 25, diterbangkan dari Sibu dengan menggunakan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Pengkalan Udara LTUDM Subang pada jam 4.40 petang semalam.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, semua proses penghantaran jenazah, urusan solat jenazah, liang lahad diuruskan polis Pahang dengan kerjasama polis Sarawak dan Bukit Aman.
“Polis Sarawak penguruskan penerbangan ehsan oleh pihak Subang dan polis Pahang menguruskan penghantaran jenazah ke Lanchang. Bagi pihak Polis Pahang, kami merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga arwah.
“Arwah orang Lanchang dan selepas rekrut telah melapor di Sibu, Sarawak kini dimaklumkan kes masih dalam sisasatan.
“Nasihat saya kepada kemua anggota yang baru keluar Latihan Asas Kepolisan, berhati-hati mengendalikan semasa mempunyai sejata api perlu dipatuhi 100 peratus demi keselamatan mengikut hukuman tetap oleh Ketua Polis Negara,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette.
Terdahulu dalam insiden 7.20 malam pada 6 Mei lalu, anggota Unit Rondaan Bermotosikal di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu itu ditemukan maut dengan kesan tembakan di ruang tamu rumah sewa rakannya.
Polis yang melakukan siasatan menemui Norhalim mati dalam keadaan terduduk atas sofa dengan kesan tembakan di telinga kanan.
Mangsa yang tinggal di rumah transit di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu, baru sebulan setengah ditugaskan di Sibu selepas menamatkan latihan asas kepolisan Pusat Latihan Polis (Pulapol) Segamat di Johor.
Ketika kejadian, suspek difahamkan sedang bergurau dengan mengacukan pistol sebelum tertekan picu dan melepaskan tembakan ke arah mangsa sebelum waktu berbuka puasa.
Mangsa meninggalkan seorang isteri, Nurfitrah Ramli, 24, dan seorang anak berusia setahun, Nur Alisya Norhalim
Susulan kejadian itu, tiga anggota polis berpangkat konstabel berusia 21 hingga 27 tahun direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – MalaysiaGazette
Mengacukan senjata api atau tajam adalah ancaman jenayah dan sama-sekali bukan gurauan dilangsungkan syaitan.