TOKYO – Menteri Pertahanan Jepun, Tomomi Inada mengumumkan perletakan jawatannya hari ini sebagang mengambil tanggung jawab melindungi log aktiviti harian pasukan tentera Jepun di Selatan Sudan.
Menurut Inada, skandal tersebut boleh dihentikan apabila beliau meletakkan jawatan sebagai Menteri Pertahanan dan sukarela memulangkan sebulan gaji.
Tindakan ini diambil meskipun siasatan dalaman Kementerian Pertahanan masih belum memutuskan sama ada Inada memaikan sebarang peranan dalam memberi lampu hijau terhadap perkara tersebut.
Dalam pada itu, Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe yang berucap selepas Inada menerima peletakan jawatan tersebut dan memohon maaf kepada rakyat Jepun berhubung skandal berkenaan.
Tambah beliau, Menteri Luar, Fumio Kishida akan mengambil alih sementara portfolio pertahanan.-MalaysiaGazette