Home Ekonomi Pembayar cukai makan gaji boleh kemuka e-filing selewat-lewatnya 15 Mei

Pembayar cukai makan gaji boleh kemuka e-filing selewat-lewatnya 15 Mei

Inland Revenue Board IRB income tax taxation system Budget 2022
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Pembayar cukai individu yang mempunyai punca pendapatan penggajian atau ‘makan gaji’ masih boleh mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) mereka melalui kaedah e-filing selewat-lewatnya pada 15 Mei ini.

Bagaimanapun pembayar cukai individu yang mempunyai hanya satu punca pendapatan penggajian dan telah membuat Potongan Cukai Bulanan (PCB) boleh memilih untuk tidak mengemukakan BNCP tersebut kepada LHDNM seperti yang termaktub di bawah peruntukan subseksyen 77C(1) Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP).

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) berkata, jJika pilihan telah dibuat, iaitu tidak mengemukakan BNCP, maka PCB yang telah dipotong oleh majikan adalah dianggap sebagai Cukai Muktamad. Layanan Cukai Muktamad ini berkuatkuasa mulai Tahun Taksiran 2014.

Bagi menjelaskan layanan cukai ke atas Cukai Muktamad ini, LHDNM telah menerbit dan memuat naik Nota Amalan Cukai Muktamad ke portal rasmi LHDNM serta boleh dicapai menerusi pautan pantas berikut:-
http://phl.hasil.gov.my/pdf/pdfam/NA_1_2021.pdf.

Nota Amalan ini antara lainnya turut menerangkan perkara-perkara berikut:
1. Syarat-syarat PCB boleh dianggap sebagai Cukai Muktamad; dan
2. Implikasi kepada pilihan Cukai Muktamad yang dibuat oleh pembayar cukai.

Nota Amalan ini juga menjelaskan kategori pembayar cukai yang tidak layak memilih Cukai Muktamad, antaranya:
1. Bekerja lebih daripada satu majikan.
2. Suami atau isteri membuat pilihan untuk ditaksir bersama di bawah seksyen 45 Akta Cukai 1967(ACP).
3. Cukai ditanggung oleh majikan.
4. Manfaat Berupa Barangan (MBB) dan Nilai Tempat Kediaman (NTK) tidak diambil kira dalam pengiraan PCB.

Sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan perkara ini boleh dimajukan kepada LHDNM melalui:
a) Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara),
b) HASiL Live Chat; dan
c) Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas
https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/ – MalaysiaGazette