NEW DELHI – Sekurang-kurangnya 40 mayat dipercayai dibakar di tebing Sungai Ganges susulan penemuannya itu berhampiran sempadan negeri Bihar dan Uttar Pradesh.
Setakat ini tidak jelas bagaimana mayat itu berada di situ tetapi laporan media tempatan mempercayai mayat-mayat tersebut mungkin mangsa Covid-19.
Beberapa media melaporkan kira-kira 100 mayat ditemui dan mungkin dihanyutkan ke sungai itu sejak beberapa hari lalu.
“Ada kemungkinan mayat-mayat ini dari luar Uttar Pradesh,” kata jurucakap tempatan.
Tambahnya, mayat-mayat ini mungkin akan dibakar atau dikebumikan.
Mayat-mayat itu ada yang sudah kembung dan sebahagiannya terbakar dan mayat itu mungkin ‘berakhir’ di sungai sebagai sebahagian daripada amalan pembakaran mayat mangsa koronavirus di sepanjang Sungai Ganges di Uttar Pradesh, menurut NDTV.
Beberapa penduduk tempatan mendakwa kekurangan kayu untuk pembakaran mayat dan kenaikan kos yang berkaitan dengan pengebumian menyebabkan beberapa keluarga tidak mempunyai pilihan selain meletakkan mayat keluarga yang mati akibat coronavirus ke sungai.
Penduduk tempatan Chandra Mohan berkata: “Hospital swasta menjarah keluarga mangsa. Orang biasa yang tidak mampu membayar untuk menguruskan mayat dibiarkan.
“Mereka meminta sebanyak 2,000 rupee [£ 20; AS$ 27] hanya untuk mendapatkan mayat. keluar dari ambulans. Oleh itu, sungai menjadi pilihan terakhir mereka dengan merendam mayat ke sungai”.
Uttar Pradesh adalah negeri paling ramai penduduk India.
India merekodkan lebih daripada 22.6 juta kes koronavirus dengan 246,116 kes kematian sejak bermulanya pandemik itu, menurut data John Hopkins University.
Namun pakar-pakar kesihatan jumlah sebenar jauh lebih tinggi. – MalaysiaGazette