Home Nasional Saringan Covid-19 percuma di Lembah Jaya, Pandan Indah

Saringan Covid-19 percuma di Lembah Jaya, Pandan Indah

Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Penduduk di sekitar Lembah Jaya dan Pandan Indah disaran supaya menyertai program Saringan Komuniti secara percuma hari ini bagi mengesan jangkitan Covid-19.

Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) memaklumkan, saringan diadakan di Dewan Lembah Jaya dan Dewan MPAJ Pandan Indah bermula pukul 9 pagi hingga 4 petang.

“Pendaftaran boleh dibuat menerusi aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah), klik butang sihat dan guna fungsi saringan atau layari http://screening.selangkah.my,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Kerajaan Selangor menjalankan program pengawasan Covid-19 secara aktif melalui saringan percuma di 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) bermula 8 Mei hingga 10 Jun.

Saringan bermula di DUN Kajang dan Semenyih pada 8 Mei lepas kemudian diteruskan di Sungai Ramal, Balakong, Teratai dan Dusun Tua.

Program dibawah Fasa Mitigasi Wabak Pandemik Covid-19 memanfaatkan rakyat di negeri itu yang berisiko, pernah menjadi kontak rapat, bergejala dan bimbang status kesihatan mereka. – MalaysiaGazette