Home Nasional Pahang benarkan Solat Sunat Aidilfitri di masjid, surau

Pahang benarkan Solat Sunat Aidilfitri di masjid, surau

Solat Sunat Aidilfitri dibenarkan di masjid dan surau di negeri Pahang

KUANTAN – Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) memutuskan untuk membenarkan Solat Sunat Aidilfitri dilakukan di masjid dan surau di negeri itu dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat.

Pengarah JAIP, Datuk Dr Zulkifli Ali berkata, jumlah itu melibatkan 50 jemaah masjid dan 20 jemaah surau sahaja serta ditentukan melalui jemputan oleh pengurusan masjid dan surau masing-masing.

Manakala Solat Sunat Aidilfitri di rumah hendaklah melibatkan dalam kalangan ahli keluarga sahaja.

“Pintu pagar masjid dan surau perlu ditutup selepas solat sunat Aidilfitri tamat pada 9.30 pagi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Teks Khutbah Hari Raya boleh dimuat turun melalui capaian sesawang www.mufti.pahang.gov.my

“Imam dan khatib dari luar Pahang dan jemaah berusia 12 tahun ke bawah dan warga emas berusia 75 tahun ke atas juga tidak dibenarkan,” jelasnya kenyataan yang sama.

Turut dibenarkan takbir malam hari raya di masjid dan surau dibenarkan sehingga jam 10.00 malam, dan pada pagi hari raya sebelum solat sunat Hari Raya Aidil Fitri bermula 7.30 pagi.

ARTIKEL BERKAITAN :

Pemangku Raja Pahang rasmi Masjid Tengku Mahkota Hassanal Ibrahim Alam Shah

Pemangku Raja Pahang berangkat sambutan Nuzul Quran

Aktiviti masjid di Pahang perlu tamat sebelum jam 10 malam

Bagaimanapun ziarah tanah perkuburan dan berkunjung ziarah program Hari Raya Aidil Fitri dari rumah ke rumah adalah tidak dibenarkan.

Dalam pada itu Zulkifli mengingatkan agar pihak masjid dan surau hendaklah mematuhi pekeliling, arahan sedia ada dan arahan dari semasa ke semasa yang dikeluarkan oleh JAIP dan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).

Jemaah perlu membawa sejadah sendiri bersaiz besar (minimum 110 cm X 70 cm), memakai pelitup muka, penjarakan fizikal, imbas suhu dan daftar menggunakan aplikasi MySejahtera , PahangGo atau buku kehadiran.

“Pemantauan secara mengejut akan dibuat pada bila-bila masa oleh pasukan pemantau pematuhan SOP,” katanya. – MalaysiaGazette