MADRID – Barcelona mensia-siakan peluang untuk melonjak ke tangga teratas La Liga Sepanyol apabila terikat 3-3 dengan Levante dalam aksi malam tadi.
Penyerang sensari Barcelona, Lionel Messi meletakkan pasukan pelawat itu dihadapan pada minit ke-25 dan Pedro Gonzales melebarkan jurang gol sembilan minit selepas itu.
Bagaimanapun, Levante bangkit merapatkan kedudukan menerusi jaringan Gonzalo Melero pada minit ke-57.
Pasukan tuan rumah terus mengasak dan menyamakan kedudukan 2-2 dua minit Morales.
Perlawanan menjadi semakin rancak dengan kedua-dua pasukan berbalas serangan.
Barcelona sekali lagi mendahului melalui gol Ousmane Dembele pada minit ke-64.
Sergio Leon menjadi wira Levante apabila menjaringkan gol penyamaan ketika perlawanan berbaki tujuh minit.
Keputusan tersebut menyaksikan Barcelona menduduki tangga kedua dengan 76 mata selepas mengharungi 36 perlawanan. – MalaysiaGazette