Home Sukan Hariss Harun milik Lion City Sailors

Hariss Harun milik Lion City Sailors

Hariss Harun. Foto Twitter Liomn City Sailors.

KUALA LUMPUR – Kelab Bola Sepak Lion City Sailors (LCS) mengumumkan kapten Singapura, Hariss Harun sebagai pemain baharu bagi memperkuatkan jentera tengah pasukan itu.

Pemain yang berusia 31 tahun itu telah menandatangani kontrak selama tiga tahun setengah bulan dengan yuran perpindahan yang tidak didedahkan dari Johor Darul Ta’zim (JDT).

Dia juga sebelum ini pernah dipinjamkan ke Home United (nama lama LCS) pada musim 2017 dan membantu pasukan itu raih kedudukan ketiga dalam saingan S. League dan naib juara Piala Singapura.

“Saya gembira dapat kembali. SPL adalah tempat saya mula membina karier saya, dan sangat menggembirakan untuk menjadi sebahagian daripada visi Lion City Sailor untuk menjadi sebuah kelab bertindak sebagai kebangkitan bola sepak Singapura,” kata Hariss.

“Saya tidak sabar untuk beraksi dengan Sailor, dan saya berharap dapat membantu mereka meraih pelbagai kejayaan di padang,” tambahnya.

CEO Lion City Sailor, Chew Chun-Liang pula menyifatkan kehadiran Hariss telah memberikan semangat tambahan untuk menjayakan projek mereka.

“Hariss adalah seorang  pemain profesional yang telah menunjukkan bahawa dia adalah pemimpin di bilik persalinan dan juga di padang, dan kami menantikan sumbangannya untuk menjayakan projek Lion City Sailors.

“Senang bekerjasama dengan rakan JDT kami untuk menyelesaikan perpindahan ini yang akan membawa kapten pasukan kebangsaan Singapura ke kelab kami dan bertanding dalam pertandingan domestik.

“Hariss mempunyai semua kualiti yang dimahukan. Kami gembira menyambut Hariss kembali ke Singapura,” kata Chew.

Hariss akan menjalani latihan dengan kelab itu pada bulan Jun selepas cuti rehat perlawanan antarabangsa. – MalaysiaGazette