KUANTAN – Sebanyak 1937 pemantau dibuat anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam tempoh 24 jam bagi memastikan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) di kediaman penduduk Pahang.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, pemantauan rapi oleh semua anggota terdiri daripada 165 pasukan telah diatur di negeri Pahang dalam tempoh kawalan 24 jam sehari.
“Sebanyak 1,937 kali pemantauan di semua premis dan tempat kediaman bagi memastikan semua peniaga dan orang ramai mematuhi SOP yang ditetapkan.
“Dalam tempoh 24 jam, dua kompaun di keluarkan kepada individu dan satu premis kerana melanggar SOP.
“Sebanyak 39 Sekatan Jalan Raya (SJR) antara negeri dan antara daerah telah dijalankan dan mengesan berbagai kesalahan pengguna jalan raya dalam cuba merentas negeri dan daerah.
“Pihak polis memberi amaran mesra buat pertama kali, namun ada berpatah balik tapi melalui SJR lain agar untung-untung bernasib baik melepasi SJR di Pahang,” katanya ketika ditemui media di SJR Tanjung Lumpur.
Jelasnya, kebanyakan pengguna jalan raya menyediakan surat rentas negeri, dengan memberi alasan melibatkan suami isteri jarak jauh.
ARTIKEL BERKAITAN :
Pemangku Raja Pahang berangkat tunaikan Solat Sunat Aidilfitri
Pahang benarkan Solat Sunat Aidilfitri di masjid, surau
Hujan lebat tak patahkan semangat anggota di SJR Ubai
“Namun kalau bergerak bersama isteri, ini kita bertanya apa matlamat dia dan kita suruh patah balik.
“Sebanyak 2,439 merentas diterima, 2,306 daripadanya diterima manakala 133 lagi ditolak kerana tiada alasan yang kukuh.
“Jika patuh SOP, kita yakin negeri Pahang jadi negeri pertama keluar dari Covid-19 dan menjadi status negeri hijau,” ujarnya.
Abdul Jalil memberitahu, sehingga kini sebanyak 1,429 tangkapan bermula tempoh Perintah Kawalan Pergerakan 1.0 dilaksanakan sejak 18 Mac tahun lalu.
“Patuthi SOP kita laksanakan sebaik boleh demi kebaikan bersama. Pahang jaga Pahang, kita jaga kita,” – MalaysiaGazette