Home Dunia Fukushima dilanda gempa bumi

Fukushima dilanda gempa bumi

Fukushima digegarkan dengan gempa bumi pagi ini.

TOKYO – Gempa bumi dengan kekuatan 6.0 skala Richter melanda wilayah Fukushima di Jepun, menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA).

Gempa berlaku pada sekitar pukul 8.58 pagi waktu tempatan, pada kedalaman 40 kilometer.

Gegeran berada pada tahap 4 di beberapa bahagian di Fukushima pada skala intensiti seismik Jepun yang memuncak kepada 7.

Setakat ini tidak ada amaran tsunami yang dikeluarkan. – MalaysiaGazette