Home Dunia Trump pecat Ketua Staf

Trump pecat Ketua Staf

Donald Trump

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dalam tweetnya menamakan Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri, John Kelly sebagai Ketua Staf di White House bagi menggantikan Reince Priebus.

Jabatan Keselamatan Dalam Negeri yang diketuai Kelly sebelum ini bertanggungjawab mengetatkan kawalan di sempadan serta mengambil tindakan tegas terhadap pendatang asing di AS.

Pengumuman itu dibuat selepas seminggu konflik di antara Priebus dan Pengarah Komunikasi White House yang baharu dilantik Trump, Anthony Scaramucci yang menuduh Ketua Staf telah membocorkan maklumat mengenainya.

Ketika diminta mengulas mengenai perubahan tersebut, Trump memberitahu wartawan yang terbang bersamanya menaiki Air Force One, Priebus adalah seorang ‘lelaki yang baik’ manakala Kelly pula ‘dihormati semua orang’. – MalaysiaGazette