Home Nasional Ketupat lembik, Adabi minta maaf

Ketupat lembik, Adabi minta maaf

KUALA LUMPUR – Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd. (Adabi) memohon maaf susulan produk Ketupat Adabi yang lembik setelah dimasak oleh pengguna.

Adabi dalam satu kenyataan berkata, mereka yang berhadapan masalah tersebut boleh menyalurkan aduan secara terus kepada mereka menerusi rangkaian media sosial rasmi Adabi.

“Untuk makluman, pihak Adabi telah pun mengambil langkah untuk menukar beras yang digunakan agar perkara ini tidak berulang.

“Adabi menghargai maklum balas dari pihak pengguna kami di luar sana dan segala kesulitan berkaitan isu kualiti ketupan ini amat dikesali,” katanya.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan terdapat aduan daripada pengguna yang kecewa dengan produk Ketupat Adabi tahun ini.

Adabi menghargai maklum balas daripada semua pengguna dan segala kesulitan berkaitan isu kualiti ketupat amat dikesali.

Rata-rata warganet melahirkan rasa kecewa terhadap produk tersebut yang lembik selepas dimasak pada pagi Syawal.

Menurut salah seorang warganet, dia menyangka bahawa dia sudah tersalah memasak produk tersebut, namun sebaliknya.

“Biasa beli x pernah lembik. Tahun ni terkena sampai suami komplen ingat diri sendiri tersalah masak.” katanya. – MalaysiaGazette