Home Ekonomi Flerr perkenal set edisi khas 3 dalam 1

Flerr perkenal set edisi khas 3 dalam 1

Flerr mula berada di pasaran pada Ogos 2016 dengan nama jenama asal iaitu Fleur.

KUALA LUMPUR – Disa Synergy Sdn. Bhd. iaitu syarikat pengeluar produk wangian pelbagai guna jenama Flerr memperkenalkan sert edisi khas sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Safrizal Azmi, dikenali Alif – The One & Only (Alif), ia didatangkan dalam satu set tiga dalam satu untuk mewangikan kereta anda, badan dan juga segenap ruang kediaman.

Menurutnya, set Alif itu mengandungi The Freshmaker the air freshener, Signature Fragrance the body perfume dan  terbaharu Fabreco the fabric spray dengan satu wangian Oudh exclusive diimport dari Timur Tengah bagi yang merindui suasana di Tanah Suci.

“Menariknya, wangian kali ini diinspirasikan daripada Oudh dan ini adalah antara pati termahal yang pernah Flerr gunakan. Bagi mereka yang rindukan suasana di Tanah Suci pasti menyukai set ini.

“Dengan tema, Sucikan Ramada mu dengan Alif, kami harap set ini mendapat sambutan di samping melahirkan usahawan baharu Flerr dengan menjadi stokis dan ejen kami,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Edisi terhad Alif itu dijual dengan harga RM54.90.

Edisi set khas Flerr. dikenali Alif – The One & Only.

Safrizal berkata, orang ramai dialu-alukan mendaftar sebagai agen atau stokis  menambah pendapatan sampingan dengan hanya bekerja dari rumah sahaja.

Sementara itu, Flerr mula berada di pasaran pada Ogos 2016 dengan nama jenama asal iaitu Fleur.

Ia adalah jenama bagi pewangi kereta yang pada awalnya yang mempunyai hanya lima pilihan bau dan sekarang mempunyai lebih 20 haruman. – MalaysiaGazette