GAZA – Israel mengulangi pendirian untuk melancarkan serangan ke atas Semenanjung Gaza selagi ada keperluan.
Lapor agensi berita, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menegaskan negaranya tidak akan sesekali berkompromi dan bertolak ansur jika pihak lawan terus menyerang mereka.
Sebelum ini dilaporkan angka korban di Semenanjung Gaza sudah melebihi 140 orang termasuk 39 kanak-kanak manakala kira-kira 950 yang lain dilaporkan cedera.
Manakala Di Tebing Barat pula sekurang-kurangnya 11 penduduk Palestin cedera selepas konflik Israel-Palestin kini merebak ke wilayah terbabit.
Selain itu ada juga kebimbangan konflik akan bertambah lebih buruk dengan sambutan Hari Nakba (Hari Malapetaka) semalam yang menandakan pengusiran besar-besaran penduduk Palestin pada tahun 1948.
Rumah Putih pula dalam satu kenyataan mengecam serangan Israel ke atas bandar-bandar di seluruh Israel dan pada masa sama juga bimbang dengan apa yang menimpa pejabat The Associated Press (AP), Aljazeera dan beberapa media antarabangsa lain.
Presiden AS, Joe Biden berpendirian isu ini perlu ke meja rundingan bagi mencari penyelesaian terhadap konflik antara Israel dan Palestin.
Dalam pada itu, seramai 10 buah keluarga termasuk lapan kanak-kanak dan dua wanita menjadi mangsa serangan udara Zionis ke atas bangunan tiga tingkat di kem pelarian Shati di barat Semenanjung Gaza. -MalaysiaGazette