Home Seni Hidup Isteri Aliff Aziz meroyan – Anzalna

Isteri Aliff Aziz meroyan – Anzalna

Anzalna Nasir

KUALA LUMPUR – Gara-gara adiknya terjebak dalam kontroversi antara penyanyi Aliff Aziz, si kakak Anzalna Nasir nampaknya tumpang semangkuk untuk memberikan komen di Instagram miliknya.

Ini kerana selepas adiknya, Afifah Nasir dikatakan menjadi orang ketiga dalam rumahtangga Aliff, ruangan komen Anzalna telah dihujani pelbagai reaksi dari para peminat dunia hiburan.

Namun komen Anzalna dilihat tidak kena apabila dia seperti membela tindakan Afifah yang keluar bersosial dengan suami orang.
Lebih teruk, dia menyalahkan isteri Aliff dalam isu itu dengan mengatakan ‘perempuan selepas bersalin memang lain sikit perangai’.

Akhirnya, komen Anzalna itu turut mengundang rasa kurang senang dalam kalangan pengikutnya yang mahu pelakon itu berdiam diri daripada mengeluarkan kenyataan yang boleh memakan diri kelak. – MalaysiaGazette